Pages

Sunday, September 25, 2011

Bagaimana Menghadapi Masalah hidup?

Kita tidak boleh lari dari masalah sebaliknya mencari jalan untuk menyelesaikannya lebih-lebih dalam keadaan dunia sekarang.

Pernahkah kita terfikir apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi?

Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal.

Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Menurut Dr. Robbert H.Schuller seperti dalam bukunya "Tough Times Never Last, But Tough People Do terdapat 6 petua bagaimana untuk menuju kejayaan.


6 petua ini dipetik daripada buku tersebut :


1. Setiap insan mempunyai masalah

Apakah masalah anda? anda tidak
mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir
bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah
akan lenyap.

Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah
kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja
setiap hari kerja. Dan ratusan atau ribuan pekerja
mendapat kerja yang tidak mereka sukai.


2. Setiap masalah mempunyai tempoh terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan
pergi. Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau
kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia.
Tamadun manusia menghadapi detik-detik
kegemilangan dan kejatuhannya.

Institusi kemanusiaan yang menghadapi suasana
kemelesetan akan satu ketika nanti menuju ke
mercu kejayaan secara perlahan-lahan.


3. Setiap masalah harus memiliki pengaruh positif


Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan
rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri
anda atau pun orang lain. Masalah yang
dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal
perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain.

Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan
muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai
seorang panasihat kepada mereka yang akan
diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh
memberi kesempatan atau peluang baik kepada
orang lain.


4. Setiap masalah boleh mengubah sikap anda

Sebagai contoh, anda kadang kala tersua
dengan seorang jurujual yang berjaya. Bila diselidik,
ia berkelulusan dalam bidang akademik yang tidak
ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru.
Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan,
ia telah menimbulkan banyak masalah kepada
majikannya hingga ia diberhentikan kerja.

Kerana disebabkan pemberhentian kerjanya,
ia berazam untuk menunjukkan kepada
masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya
dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana
peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga
bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.


5. Anda boleh buat pilihan untuk kawal masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah.
Tetapi anda boleh merancang tindakan balas
terhadapnya.

Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan
balas terhadap masalah hidup, bermakna anda
telah dapat mengawal masalah yang melanda
diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah
atau sebaliknya malah boleh membuat anda
hidup dengan lebih baik atau pun menderita.
Semuanya bergantung kepada diri anda.


6. Setiap masalah mempunyai tindak balas yang
negatif dan positif


Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus
hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan.
Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara
positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walau pun
ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang
itu menghadapi masalah kewangan yang rumit?
Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus
diambil?

Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan
keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian
sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah
baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan
semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama.
Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan
penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus
terang.

Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang
harus diambil secara undang-undang dan terhormat
ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh
mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat
selesaikan masalah, maka anda harus
mengendalikannya".


Sumber artikel iluvislam.com

1 comment:

Round in the world