Pages

Sunday, September 25, 2011

Bagaimana Menghadapi Masalah hidup?

Kita tidak boleh lari dari masalah sebaliknya mencari jalan untuk menyelesaikannya lebih-lebih dalam keadaan dunia sekarang.

Pernahkah kita terfikir apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi?

Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal.

Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.

Menurut Dr. Robbert H.Schuller seperti dalam bukunya "Tough Times Never Last, But Tough People Do terdapat 6 petua bagaimana untuk menuju kejayaan.


6 petua ini dipetik daripada buku tersebut :


1. Setiap insan mempunyai masalah

Apakah masalah anda? anda tidak
mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir
bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah
akan lenyap.

Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah
kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja
setiap hari kerja. Dan ratusan atau ribuan pekerja
mendapat kerja yang tidak mereka sukai.


2. Setiap masalah mempunyai tempoh terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan
pergi. Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau
kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia.
Tamadun manusia menghadapi detik-detik
kegemilangan dan kejatuhannya.

Institusi kemanusiaan yang menghadapi suasana
kemelesetan akan satu ketika nanti menuju ke
mercu kejayaan secara perlahan-lahan.


3. Setiap masalah harus memiliki pengaruh positif


Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan
rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri
anda atau pun orang lain. Masalah yang
dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal
perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain.

Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan
muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai
seorang panasihat kepada mereka yang akan
diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh
memberi kesempatan atau peluang baik kepada
orang lain.


4. Setiap masalah boleh mengubah sikap anda

Sebagai contoh, anda kadang kala tersua
dengan seorang jurujual yang berjaya. Bila diselidik,
ia berkelulusan dalam bidang akademik yang tidak
ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru.
Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan,
ia telah menimbulkan banyak masalah kepada
majikannya hingga ia diberhentikan kerja.

Kerana disebabkan pemberhentian kerjanya,
ia berazam untuk menunjukkan kepada
masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya
dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana
peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga
bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.


5. Anda boleh buat pilihan untuk kawal masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah.
Tetapi anda boleh merancang tindakan balas
terhadapnya.

Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan
balas terhadap masalah hidup, bermakna anda
telah dapat mengawal masalah yang melanda
diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah
atau sebaliknya malah boleh membuat anda
hidup dengan lebih baik atau pun menderita.
Semuanya bergantung kepada diri anda.


6. Setiap masalah mempunyai tindak balas yang
negatif dan positif


Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus
hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan.
Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara
positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walau pun
ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang
itu menghadapi masalah kewangan yang rumit?
Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus
diambil?

Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan
keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian
sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah
baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan
semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama.
Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan
penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus
terang.

Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang
harus diambil secara undang-undang dan terhormat
ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh
mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat
selesaikan masalah, maka anda harus
mengendalikannya".


Sumber artikel iluvislam.com

MAPANKAH KEHIDUPAN SEORANG PENGIDAL?

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.



1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

KIDAL walaupun sedikit jumlahnya namun ada kelebihan dan keistimewaan yang tidak dimiliki orang tidak kidal.Golongan kidal atau sinonim sebagai kiri seharusya bersyukur kerana pengidal adalah insan terpilih yang telah dipilih oleh Allah. Alhamdululah..sebagai seorang pengidal dunia kini masih lagi mapan bagi diri saya.


sumber : CariGold.com

Saturday, September 24, 2011

PEMBANGUNAN MAPAN

Pembangunan Mapan adalah suatu pembangunan yang dijalankan bagi memenuhi keperluan pada masa kini tanpa mengorbankan keperluan pada masa akan datang.

Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992)

Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995)

Wednesday, June 1, 2011

Perjuangan Masih Belum Selesai

Sendu rasanya apb melihat pelabgai reaksi serta telatah rakan2 seperjuangan di UUM, kesenduan ditamabah lgi dgn ucupan2 buat kali terakhir khususy di facebook memohon ampun serta menyatakan hasrat hati akan kepiluan sebuah perpisah yang akan mereka hadapi kerana telah banyak kenangan tercipta sepanjang 3 tahun di uum.Namun begitu perjuangan masih belum selesai. Kepada rakan2 di luar sana teruskan perjuangan dan "selamat maju jaya".

Friday, December 31, 2010

Tahun 2011

Hari ini adalah kesempatan baik untuk berdoa, memulakan azam baru dengan inpirasi besar didalam hati , supaya hari-hari yang akan datng akan membuatkan kita tersenyum,
berjalannya waktu, setiap pengalaman dalam hidup mengajar erti kehidupan untuk menjadi sumber kekuatan dalam meneruskan hidup.

Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin .. Selamat Tahun Baru 2011 semua!

Round in the world